Modification&Deflation's Programme
>>Program Pengubahsuaian&Pengempisan<<
*Memulakan diet sejak awal Januari lagi tetapi ala-ala kadar je. Al-maklum la masih dalam proses menyesuaikan diri. Aku mulai lebih serius selepas menyertai ujibakat Keling Borneo 2012 awal bulan Mac. Memandangkan pertandingan akhir berlangsung bulan Julai, aku fikir masih ada harapan lagi. Selepas uji bakat tu, ada proses "online voting" untuk mara ke peringkat akhir. Jadi masa tu, berhempas pulas mengadakan kempen meraih undi hingga berada pada Top 3 dengan undian sebanyak 1498.
Selepas keputusan diumumkan, aku tidak berjaya terpilih ke peringkat akhir. Aku akur&redha dengan keputusan itu. Mungkin tiada rezeki di situ agaknya. Harapan tu menggunung untuk beraksi memandangkan ianya melibatkan adat&budaya orang Sarawak sendiri. Pertandingan seumpama ini merupakan platform terbaik untuk mempromosi adat&budaya suku kaum yang terdapat di Sarawak amnya kepada orang-orang luar. Terbukti semasa hadir memberi sokongan kepada rakan-rakan lainyang berjaya& menyaksikan pertandingan ni secara langsung, begitu ramai sangat orang luar datang menyaksikan sendiri. Mat Salih pun ada sekali. Meskipun tidak terpilih untuk, tetapi program diet tetap diteruskan seperti biasa.
Before
After 7 months
After
No comments:
Post a Comment